Cari @ Amanz

Sewaktu acara CES 2022 yang berlangsung di Las Vegas, sejumlah jenama pembuat komputer riba telah memperlihatkan penawaran peranti terbaru mereka yang akan digerakkan oleh cip-cip pemprosesan keluaran Intel, iaitu Alder Lake dan juga Arc Alchemist.

Terkini, ia diperlihatkan bahawa sebuah komputer riba MSI, iaitu MSI Summit E16 Flip EVO akan hadir dengan penawaran kedua-dua komponen ini melalui butiran yang diperlihatkan melalui ujian penanda-aras Puget Bench baru-baru ini.

Ia memperlihatkan penggunaan CPU Intel Core i7-12700H dan memori LPDDR5 sebanyak 32GB dan menggunakan kad grafik Intel Arc A370M yang hadir dengan jumlah memori sebanyak 4GB GDDR6.

Setakat ini ia tidak diketahui lagi apakah kemampuan sebenar kad grafik Intel Arc A370M ini, tetapi ia dijangka akan sekurang-kurangnya mempunyai kemampuan sekitar sebuah kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3050.

Setakat ini, ia juga tidak diketahui lagi bilakah MSI akan memperkenalkan komputer riba ini, tetapi kebarangkalian besarnya ialah ia akan diperlihatkan sewaktu acara Computex Taipei pada pertengahan tahun ini.

Sumber: VideoCardz

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd