Peranti Google Pixel mungkin merupakan peranti pintar yang paling dipasarkan oleh Google, tetapi syarikat tersebut tidak pernah mendedahkan jumlah jualan peranti tersebut. Walaupun begitu, sebuah aplikasi baru yang dinamakan Security Hub yang dilancarkan khusus untuk peranti Pixel dengan sistem operasi Android 12 telah diperkenalkan.
Melalui laman muat-turun aplikasi tersebut, ia diperlihatkan bahawa aplikasi ini, yang ditawarkan secara percuma kepada semua peranti Pixel yang layak telah memperlihatkan sekitar 10 juta muat-turun setakat ini.

Secara anggaran, ia boleh dikatakan bahawa di pasaran sekarang, terdapat sekitar 10 juta peranti Google Pixel dengan sistem operasi Android 12 sedang digunakan. Ini juga adalah sesuatu yang cukup menarik kerana sistem operasi tersebut boleh dimuat-turun peranti-peranti Google Pixel 3 sehinggalah Google Pixel 6 yang baru dilancarkan pada tahun lepas.
Jumlah pengguna peranti Pixel ini dilihat cukup sedikit apabila dibandingkan dengan jumlah pengguna Android keseluruhan, iaitu sekitar 2.5 bilion di seluruh dunia, walaupun secara teknikalnya, siri peranti ini mempunyai kemaskini perisian paling pantas apabila dibandingkan dengan peranti-peranti Android lain.