Cari @ Amanz

Televisyen semakin besar kerana sejak kita terperangkap di rumah akibat pandemik, ia menjadi pengganti kepada panggung wayang yang ditutup. Selama ini yang menjadi batu penghalang memiliki TV pintar berskrin besar ialah harga tetapi ia kini semakin mampu milik. Hari ini Prism+ Q86 PRO Quantum Edition telah dilancarkan di Malaysia pada harga mampu milik.

Televisyen Android TV ini dilengkapi skrin sebesar 86″ 4K berteknologi Quantum IPS. Lebih menarik tidak seperti model terdahulu yang ditawarkan, Prism+ Q86 PRO Quantum Edition hadir dengan sokongan HDR Dolby Vision serta audio Dolby Atmos. Dengan Android TV lebih 5000 aplikasi disokong oleh televisyen pintar ini serta terdapat juga Chromecast dan Google Asssitant secara terbina.

Di Malaysia Prism+ Q86 PRO Quantum Edition ditawarkan pada harga RM8999 yang adalah mampu milik jika dibandingkan dengan TV pintar berskrin besar lain di pasaran. TV pintar ini boleh dibeli sekarang menerusi laman rasmi Prism+, Lazada dan Shopee hari ini. Pembeli di Malaysia akan menerima langgan 35 percuma VIU Premium, 3 bulan WeTV VIP dan MeWatch.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd