Carian
Pembangunan Platform Google Stadia Dilihat Tidak Begitu Memfokuskan Kepada Pasaran Pengguna
February 7, 2022 Nazrin

Google memperkenalkan platform penstriman Google Stadia beberapa tahun yang lalu sebagai satu cara mudah untuk pengguna menggerakkan permainan video kegemaran mereka dengan hanya memerlukan sambungan internet yang pantas, dan bukan sebuah komputer gaming berkuasa ataupun konsol gaming.

Terkini, sebuah laporan daripada Business Insider memperlihatkan bahawa 80 peratus daripada fokus pembangunan Google Stadia bukanlah untuk pengguna biasa, tetapi untuk membangunkan Stadia sebagai sebuah platform penstriman permainan video yang boleh digunakan oleh pelbagai syarikat-syarikat pembangun permainan video.

Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana Google Stadia sebagai sebuah platform penstriman tidak begitu menguntungkan kerana pemasaran yang sangat terhad, dan juga pelbagai isu yang membelenggu platform tersebut dimana pengguna memerlukan beberapa kelengkapan khusus untuk memanfaatkan perkhidmatan penstriman tersebut.

Google turut dilaporkan sedang dalam perbincangan untuk menawarkan platform dan infrastruktur Stadia kepada beberapa syarikat pembangun permainan seperti Capcom dan Bungie untuk membangunkan platform penstriman mereka sendiri.

Sumber: 9to5Google

Komen