Cari @ Amanz

Amanz pada bulan lalu pernah melaporkan bahawa Infinix mungkin hadir dengan peranti pintar yang menggunakan cip MediaTek Dimensity 900. Peranti berkenaan juga telah tertiris dalam beberapa imej sebenar yang dikongsi oleh xda-developers, sekaligus memperlihatkan rekaan padanya.

Bercakap lebih lanjut mengenainya, peranti berkenaan akan dikenali sebagai Infinix Zero 5G. Perkara ini telah dikongsi sendiri oleh pihak Infinix India dan laman iklan rasminya juga telah mula diterbitkan. Pada masa sama, ia juga telah disahkan bakal diumumkan secara rasmi pada 14 Februari 2022. Di samping cip MediaTek Dimensity 900, peranti ini juga kelak akan dilengkapi dengan storan dalaman berasaskan UFS 3.1.

Seperti namanya, Infinix Zero 5G juga dikatakan lengkap dengan rangkaian 5G secara terbina – sekaligus menjadikannya adalah antara peranti 5G terawal keluaran Infinix. Seperti biasa, penawaran lebih lanjut bakal terjawab sewaktu pelancaran rasmi kelak. Sama-sama kita nantikan.

Sumber : Infinix India

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd