Cari @ Amanz

Bagi anda yang meminati kekunci mekanikal, ia menjadi kebiasaan untuk membeli kekunci-kekunci baru dalam memastikan keselesaan, selain kepuasan. Dengan hobi berkenaan yang kini semakin popular, pihak Rebult Keyboards bekerjasama dengan Royal Selangor untuk menawarkan kekunci “Durian” kepada para pengguna.

Kekunci ini direka dan dihasilkan di Kuala Lumpur, Malaysia – dimana setiap satu merupakan arca hasil tangan secara manual.

Rebult Keyboard akan menawarkan hanya 200 unit kekunci ini sahaja, dimana setiap satunya akan hadir dengan nombor siri serta sijil pengesahan daripada Royal Selangor.

Bagi anda yang berminat dengan kekunci bertemakan durian, boleh mendapatkan ia pada 19 Februari 2022 ini pada harga RM359 melalui laman rasmi Rebult Keyboards.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd