Cari @ Amanz

Samsung bakal memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, Galaxy S22 Ultra secara rasminya pada minggu ini – dan kini ia dilihat kedai di LazMall telah pun menyenaraikan penawaran Galaxy S22 Ultra pada platform edagang berkenaan.

Galaxy S22 Ultra 5G dilihat sebagai telefon pintar dengan spesifikasi tinggi, dan menariknya untuk pasaran tempatan, penyenaraian di Lazada memperlihatkan ia akan turut hadir dengan penggunaan cip Snapdragon 8 Gen 1.

Hal ini sekaligus mengubah penawaran Samsung di Malaysia sebelum ini, yang menawarkan siri Galaxy S dengan cip Exynos sahaja. Berkemungkinan besar, perubahan ini bukan untuk Galaxy S22 Ultra 5G sahaja, tetapi untuk keseluruhan siri Galaxy S22.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pelancaran rasminya pada 9 Februari kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd