Cristiano Ronaldo, salah seorang pemain bola sepak terkenal dunia, kini menjadi manusia pertama dengan jumlah pengikut melangkaui 400 juta di Instagram.
Dengan ini, beliau sekali lagi mencatatkan rekod dalam jumlah pengikut Instagram – jauh mendahului yang lain.
Sebelum ini, Cristiano Ronaldo mencapai jumlah pengikut seramai 200 juta pada Januari 2020, dan kini dilihat berjaya menggandakannya dalam tempoh dua tahun.