Dell pagi ini melancarkan dua monitor komputer UltraSharp mereka yang terbaru menggunakan teknologi panel IPS Black. Panel baharu yang dibangunkan oleh LG ini mampu memaparkan warna hitam yang 35% lebih gelap tetapi tanpa isu burn-in yang berlaku pada skrin OLED.
Dell UltraSharp U2723QE dan U3223QE ditawarkan dalam saiz 27″ dan 32″ masing-masing dengan resolusi 4K. Ia boleh memaparkan 100% warna sRGB dan 98% warna DCI-P3 serta melepasi piawaian VESA DisplayHDR 400.
Monitor menyokong sambungan input 1X HDMI, 2X DisplayPort 1.4 dan 1X USB-C. Pada waktu yang sama 2 lagi port USB-C, dan 5x USB-A 3.2 Gen2, bicu audio 3.5mm dan RJ45.
Seperti monitor UltraSharp lain yang dilancarkan oleh Dell, monitor ini hadir dengan kebebasan melaraskan sudut pandangan leher, mendongak dan diputarkan ke kedudukan menegak. Monitor dijual pada harga $1150 (~RM 4813) untuk model 32″ dan $780 (~RM3264) untuk model 27″.