Cari @ Amanz

Seperti diketahui, siri Oppo Reno7 merupakan antara penawaran baharu daripada jenama berkenaan. Baru-baru ini, ia telah diumumkan untuk pasaran global dan terdapat beberapa perubahan yang dilakukan berbanding model versi China. Paling ketara adalah perubahan cip pada Reno7 yang menggunakan Dimensity 900.

Bercakap lebih lanjut mengenainya, peranti ini dilihat bakal tiba untuk pengguna di Malaysia pula. Perkara ini dikongsi sendiri oleh pihak Oppo menerusi laman rasminya. Terdapat dua model yang akan diumumkan iaitu Oppo Reno7 5G dan Oppo Reno7 Pro 5G. Laman pengiklanan rasmi untuknya juga telah mula diterbitkan bagi memulakan proses pendaftaran minat.

Pada masa sama, tarikh pelancaran rasmi turut dikongsi yang menunjukkan ia bakal berlangsung kira-kira 13 hari daripada sekarang. Seperti biasa, kekal dengan kami di Amanz untuk kemas kini selanjutnya berkaitan peranti-peranti ini termasuklah penawaran harga jualan rasminya kelak.

Sumber : Oppo Malaysia

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd