Cari @ Amanz

Fon telinga biasanya hadir dalam dua rekaan standard. Satu jenis dalam telinga dengan putik silikon yang menutup lubang telinga dan satu lagi jenis fon telinga biasa yang sekadar diletakkan pada cuping telinga. Tetapi rekaan Sony Linkbuds yang tertiris hari ini menunjukkan ada satu lagi rekaan yang boleh digunakan.

Putik audio fon telinga ini mempunyai lubang bulat seakan cincin dengan di bahagian belakangnya pula terdapat lubang untuk audio untuk pembesar suara. Kemudian bahagian belakangnya pula berbentuk separuh sfera dengan sayap silikon yang boleh disematkan pada telinga.

Berdasarkan ciapan TechInsider, Sony Linkbuds masih mempunyai sistem pembatalan hingar walaupun lubang telinga pemakai tidak ditutup dengan putik silikon. Walaupun rekaannya agak aneh, ia adalah unik dalam pasaran yang dipenuhi pelbagai klon AirPods yang membosankan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd