Truecaller merupakan salah satu aplikasi panggilan suara, yang turut menyertakan ciri kenal-pasti dan menghalang panggilan berbentuk spam.

Terbaru, pihak Truecaller mengumumkan mereka telah bekerjasama dengan sejumlah pengeluar peranti Android, mengatakan akan menyertakan aplikasi Truecaller pada telefon yang dijual di Malaysia.
Walaubagaimanapun, jenama telefon pintar yang terlibat tidak dinyatakan. Pengguna juga turut akan diberikan pilihan untuk mematikan sokongan aplikasi berkenaan secara manual pada telefon pintar berkenaan.