Cari @ Amanz

Baru-baru ini, tular beberapa informasi mengenai model kemas kini untuk rangkaian peranti Oppo Find X. Ianya terdiri dengan model Oppo Find X5 dan Oppo Find X5 Pro. Kedua-duanya juga kelak dikatakan hadir dengan rangkaian 5G terbina menerusi janaan Snapdragon 8 Gen 1 untuk versi pro, sementara itu Snapdragon 888 pula akan digunakan pada versi standard.

Terkini, giliran spesifikasi Oppo Find X5 Lite pula tertiris menerusi perkongsian winfuture.de. Ia menunjukkan peranti akan dilengkapi skrin 6.43-inci AMOLED FHD+ dan kadar segar semula 90Hz. Paparannya juga dilapisi dengan kaca Corning Gorilla Glass 5 sebagai pelindungan utama. Seterusnya, cip MediaTek Dimensity 900 menjadi pilihan untuk tunjang utama peranti, di samping padanan memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Melengkapinya juga adalah sistem tri-kamera dengan tetapan 64MP + 8MP + 2MP dan kamera hadapan pula sebesar 32MP. Lain-lain spesifikasi yang bakal disokong termasuklah pengimbas cap jari pada skrin, pelindungan IP54, port sambungan USB-C, NFC, Bluetooth 5.2 dan bateri 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 65W.

Buat masa ini, belum ada sebarang maklumat lanjut mengenai tarikh pelancaran peranti. Namun, dengan adanya lambakan maklumat tertiris dari masa ke semasa jelas menunjukkan pelancarannya boleh berlangsung dalam masa terdekat ini.

Sumber : winfuture.de

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd