1 Daripada 4 Telefon Yang Dijual Di Malaysia Pada 2021, Adalah Telefon Xiaomi
February 8, 2022
Samsung
Xiaomi
Aman
Melalui statistik terbaru Canalys yang dikeluarkan hari ini, ia memperlihatkan Xiaomi kini menjadi pengeluar telefon nombor satu Malaysia pada 2021 lepas.

Xiaomi dilihat mempunyai pegangan sebanyak 25% pada 2021 lepas, sekaligus memperlihatkan 1 daripada 4 telefon yang dijual pada 2021 di Malaysia adalah telefon Xiaomi.
Ia diikuti dengan Samsung, dengan pegangan sebanyak 22%. Vivo menduduki tangga ketiga di Malaysia dengan pegangan sebanyak 18%, diikuti Oppo sebanyak 16%, dan Realme 8%.
Dalam lima jenama berkenaan, hanya Xiaomi dan Samsung memperlihatkan peningkatan tahunan, sementara yang lain memperlihatkan trend penurunan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.