Carian
Apple Perkenal “Tap To Pay” – Terima Bayaran Guna iPhone Tanpa Terminal Tambahan
February 9, 2022 Aman

Apple hari ini memperkenalkan ciri “Tap to Pay”, yang mana bakal hadir ke Amerika Syarikat pada tahun 2022 ini. Melalui ciri ini, ia membolehkan peniaga atau penjual menggunakan iPhone untuk terima bayaran – melalui Apple Pay atau menggunakan kad kredit/debit tanpa memerlukan sebarang terminal tambahan.

Dengan pengenalan ciri ini, para peniaga atau sesiapa sahaja boleh menerima bayaran terus menggunakan iPhone XS dan terkini, tanpa perlu bergantung kepada platform lain, atau memasang terminal tambahan pada iPhone atau iPad.

Apple mengatakan ia akan menyokong Apple Pay untuk pembayaran, selain sokongan kad debit atau kredit daripada Mastercard, Visa, American Express dan juga Discover.

Apple turut menjanjikan privasi dan keselamatan pengguna terjaga, sekaligus memudahkan pelbagai peniaga tanpa sebarang kos tambahan.

Buat masa ini, Apple masih belum berkongsi sasaran pengenalan mereka untuk ciri ini pada peringkat global.

Komen