Cari @ Amanz

Apple kini telah mengambil-alih salah satu syarikat yang memfokuskan kepada penghasilan muzik yang diperibadikan menggunakan kecerdasan buatan.

Syarikat yang dinamakan AI Music ini berpusat di London, dan telah ditubuhkan pada 2016 lepas. Hasil pengambil-alihan ini, Apple dijangka akan mengintegrasikan teknologi berkenaan pada penawaran audio mereka.

AI Music sebelum ini boleh menghasilkan runut bunyi dan muzik menggunakan kecerdasan buatan, yang boleh berubah mengikut interaksi para pengguna.

Dengan pengambil-alihan ini, sama-sama kita nantikan apakah langkah seterusnya Apple dalam arena muzik. Sebelum ini, mereka turut telah mengambil-alih sebuah syarikat penstriman muzik klasik, dan dijangka memperkenalkan aplikasi khusus untuk muzik-muzik klasik.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd