Huawei Sedang Membangunkan Peranti Yang Membantu Orang Buta Dalam Kehidupan Harian

Diterbitkan pada Feb 9, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Huawei sebagai sebuah syarikat memfokuskan kepada teknologi, turut melakukan pelbagai penyelidikkan. Terbaru, Huawei dilihat menerima paten untuk sebuah peranti bantuan dibawah kategori perubatan, menyasarkan mereka yang mempunyai masalah penglihataan atau buta.

Melalui pendaftaran paten di China, peranti baru ini ingin membantu orang buta dalam bergerak, sekaligus memudahkan lagi kehidupan harian mereka.

Peranti ini berbentuk sebuah peranti boleh-pakai, dan dilengkapi sensor ultrasonic. Ia memantulkan bunyi kepada persekitaran, sekaligus membentuk peta persekitaran seseorang itu. Seterusnya, peranti berkenaan akan menyampaikan informasi kepada pemakai dalam memudahkan pergerakkan.

Buat masa ini, ia sekadar pemfailan paten sahaja, dan tidak diketahui lagi bilakah Huawei akan komersilkan peranti ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami