Carian
Samsung Akan Turut Lakukan Pelancaran Galaxy S22 Di Alam Metamesta, Decentraland
February 9, 2022 Aman

Samsung akan mengadakan acara pelancaran Galaxy S22 secara rasminya pada hari ini. Ia bakal diadakan secara maya melalui bentuk video. Selain daripada secara paparan biasa, pengguna juga turut boleh mengambil pengalaman dalam bentuk metamesta di dunia Decentraland.

Samsung menamakan dunia metamesta mereka sebagai Samsung 837X dan sedia beroperasi sejak sebelum ini, tetapi ini kali pertama mereka akan melangsungkan dan tayangkan acara Galaxy Unpacked melaluinya.

Samsung turut menyatakan bakal memberikan lencana NFT, serta beberapa barangan digital lain untuk ditebus bagi yang hadir ke acara berkenaan.

Bagi anda yang berminat dengan dunia metamesta, mungkin boleh meyemak Samsung 837X malam ini untuk Galaxy Unpacked.

Komen