Carian
Siri Redmi Note 11 – Siri Peranti Mampu Milik Terbaru Yang Anda Perlu Tahu
February 18, 2022 Syafia Hani

Siapa yang tidak suka apabila sesebuah telefon pintar dipasarkan pada harga yang mampu milik dan dalam masa yang sama mempunyai spesifikasi yang baik bukan? Jika dahulu, siri Redmi Note 10 adalah telefon pintar yang menjadi pilihan ramai bagi sebuah peranti mampu milik dan mempunyai spesifikasi berkuasa. Kini pihak Xiaomi telah menawarkan satu lagi siri terbaru dalam kategori peranti mampu milik mereka, iaitu siri Redmi Note 11. Jadi, mari kita lihat apakah keistimewaan yang ada pada siri terbaru dari Xiaomi ini.

1. Keupayaan Kamera Yang Dikatakan Setaraf Dengan Kebolehan Peranti Mercu

Untuk pasaran Malaysia, empat variasi model ditawarkan dibawah siri ini, iaitu Redmi Note 11 Pro 5G, Redmi Note 11 Pro, Redmi Note 11S dan juga Redmi Note 11. Bagi model Redmi Note 11 Pro 5G, Redmi Note 11 Pro, dan juga Redmi Note 11S, ketiga-tiga telefon pintar ini dilengkapi dengan keupayaan kamera utama 108MP dan 16MP untuk kamera swafoto.

Jadi, dengan memiliki telefon pintar ini, anda boleh menghasilkan rakaman yang baik dengan pewarnaan yang jitu walaupun di tempat yang kurang pencahayaan kerana dibantu oleh fungsi HDR yang ada pada siri telefon pintar ini. Malah, kamera swafotonya juga tidak terlalu keterlaluan kesan kecantikannya seperti kebanyakkan telefon pintar yang memfokuskan kamera kerana ia mampu menghasilkan rakaman swafoto yang lebih semulajadi.

2. Memberikan Pengalaman Penggunaan Yang Lancar Hasil Bantuan Rekaannya

Dari segi rekaannya pula, siri Redmi Note 11 ini dibina dengan variasi saiz skrin bermula 6.43 inci hingga 6.67 inci AMOLED. Ia dikhabarkan mampu memaparkan pewarnaan yang tajam dan jelas walaupun berada di bawah sinaran matahari. Malah, kadar segar semula dan kadar sentuhan yang ditawarkan pada model Redmi Note 11 Pro dan juga Redmi Note 11 Pro 5G ini juga boleh mencapai tahap kadar segar semula yang biasanya digunakan untuk mendapatkan pengalaman penggunaan yang lancar dan mengurangkan masalah lengah masa, iaitu kadar segar semula sehingga 120Hz dan juga kadar sentuhan sehingga 360Hz.

Jika kita lihat dengan sekilas pandang, rekaan keseluruhannya boleh dikatakan cantik dan mengikut trend terkini dengan rekaan tepi yang rata. Sokongan pembesar suara juga diletakkan di tempat yang strategik iaitu satu di bahagian atas dan satu di bahagian bawah peranti bagi membolehkannya mengeluarkan audio yang lebih mendalam.

3. Janaan Daripada Variasi Cip Pemprosesan Memberikan Prestasi Yang Berkuasa

Cip pemprosesan yang digunakan akan memberikan impak yang besar kepada keupayaan keseluruhan peranti. Empat model peranti tetapi hanya tiga jenis cip pemprosesan sahaja yang digunakan pada siri Redmi Note 11 ini.

Bagi Redmi Note 11 Pro 5G, ia dikuasakan dengan cip Snapdragon 695 yang merupakan cip pemprosesan berteknologi 6nm dan menyokong rangkaian 5G. Bagi Redmi Note 11 Pro dan Redmi Note 11S pula, kedua-duanya menggunnakan cip MediaTek Helio G96 dan menyokong sehingga 8GB RAM. Manakala bagi Redmi Note 11 pula, ia hadir dilengkapi dengan cip Snapdragon 680 dengan binaan 6nm yang baharu. Xiaomi menjanjikan prestasinya mampu memberikan prestasi seakan peranti mercu yang memuaskan dan menjimatkan bateri dengan baik yang sesuai dari kelasnya.

Bercakap mengenai bateri, keempat-empat siri Redmi Note 11 ini dikuasakan dengan kapasiti bateri sebesar 5,000mAh yang mana ia cukup besar untuk kegunaan harian kita. Malah, Xiaomi juga menyatakan bahawa model Redmi Note 11 5G dan juga Redmi Note 11 Pro menyokong pengecasan turbo 67W yang dikatakan mampu mengecas 50% dalam masa hanya 15 minit sahaja. Manakala bagi model Redmi Note 11S dan juga Redmi Note 11, ia dilengkapi dengan pengecasan pantas 33W yang membolehkannya mengecas penuh dalam masa satu jam sahaja.

Kesimpulan

Xiaomi memang terkenal dengan penawaran telefon pintar mampu milik dengan prestasi yang mengagumkan pada kebanyakan peranti pintar mereka. Mereka kini telah membawa masuk siri Redmi Note 11 untuk pasaran Malaysia bagi memberi lebih banyak pilihan bagi pengikut jenama mereka yang sedang mencari telefon pintar mampu milik dengan spesifikasi yang bagus.

Bagi yang berminat, siri telefon pintar ini sudah boleh didapati melalui kedai-kedai rasmi Xiaomi di seluruh Malaysia. Redmi Note 11 Pro 5G berharga bermula RM1199 hingga RM1299 dan Redmi Note 11 Pro pula dijual pada harga bermula RM999 hingga RM1099. Manakala bagi Redmi Note 11S, harganya bermula RM899 hingga RM999 sementara Redmi Note 11 pula, tawaran harganya adalah bermula RM749 sehingga RM799 sahaja.

Mereka juga bakal menjalankan jerayawara (roadshow) bagi pelancaran siri Redmi Note 11 ini pada 23 Februari hingga 27 Februari 2022 di Sunway Pyramid, Queensbay Mall, dan Aeon Tebrau City, Malaysia. Bagi pelanggan terawal yang menyertai jerayawara ini dan membeli mana-mana model daripada siri Note 11, anda berpeluang untuk menerima hadiah menarik bernilai RM457 yang berupa baucar tunai AiOT bernilai RM100, Redmi Buds 3 Lite (RM99), Mi Composition Scale 2 (RM119), bag kanvas berjenama dan juga selimut bantal (RM139) secara percuma.

Hadiah-hadiah menarik ini ditawarkan dalam kuantiti yang terhad dan tertakluk pada terma dan syarat yang telah ditetapkan. Jadi, tanda kalendar anda sekarang dan jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan peranti mampu milik terbaru daripada Xiaomi bersama hadiah-hadiah menarik mereka sementara stok masih ada.

Penafian : Advertorial daripada Xiaomi Malaysia

Komen