Nothing Ear (1) Kini Menyokong Seruan Pembantu Digital

Diterbitkan pada Feb 9, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Nothing Ear (1) adalah produk pertama daripada Nothing, iaitu syarikat yang ditubuhkan oleh Carl Pei. Nothing juga menerima sokongan dana yang banyak daripada banyak syarikat besar seperti Google dan juga selebriti Casey Neistat.

Mereka juga sedang sibuk membangunkan lima produk baharu, antaranya adalah telefon pintar. TWS Ear (1) mereka ini dijual di Malaysia pada harga RM499. Ia merupakan set fon telinga nirwayar sebenar dengan sokongan pembatalan hingar aktif. Keunikan TWS ini adalah rekaan lutsinar yang merupakan satu novelti.

Baru-baru ini Nothing telah menambah lagi ciri baharu untuk TWS mereka ini melalui satu kemaskini. Pengguna kini boleh menggunakan Nothing Ear (1) untuk menyeru pembantu digital seperti Google Assistant, Siri atau Alexa.

Walaupun bukan satu ciri yang hebat, tetapi ia adalah ciri yang tiada ketika awal pelancaran dan turut diminta oleh orang ramai kerana TWS pesaing kebanyakannya sudah hadir dengan ciri yang sama. Kemaskini ini boleh dilakukan dengan muat turun aplikasi Ear (1) di App Store atau Play Store, kemudian barulah memasangnya pada TWS melalui dari dalam aplikasi.

Sebelum ini, kami telah melaporkan yang Nothing Ear (1) turut berjaya dijual sebanyak 400,000 setakat ini. Angka ini mungkin tidak sehebat pesaing, tetapi boleh dibanggakan bagi sebuah syarikat tunas rintis yang baru sahaja mula beroperasi.

komen


© Amanz / 2022 Kami