Vivo T1 5G telah diumumkan secara rasminya di India, hari ini. Meskipun memiliki nama yang sama, tetapi terdapat beberapa perubahan ketara yang telah dilakukan berbanding versi China. Ini termasuklah perubahan cip pemproses dan rekaan fizikal pada peranti.

Bercakap mengenai rekaan, ia mempunyai panel hadapan bertakuk kecil untuk peletakan kamera swafoto tunggal. Turut melengkapinya adalah sistem tri-kamera yang disusun dalam bentuk huruf L. Vivo turut mendakwa rekaannya juga boleh dikatakan agak nipis dengan ketebalan sekitar 8.25mm. Terdapat dua pilihan warna yang tersedia seperti Starlight Black dan Rainbow Fantasy.

Untuk spesifikasi pula, peranti dilengkapi skrin sebesar 6.58-inci IPS LCD FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Ia kemudiannya, dipadankan dengan cip Snapdragon 695, memori mencapai 8GB RAM dan storan dalaman 128GB dan bateri sebesar 5,000mAh yang menyokong pengecasan 18W. Tetapan kamera pula adalah 50MP+2MP+2MP, sementara itu kamera hadapan pula sebesar 16MP.

Lain-lain spesifikasi termasuklah bluetooth 5.1, port sambungan USB-C, menjalankan Funtouch OS 12 dan sebagainya. Harga jualan peranti bermula INR15,990 (~RM895) (4GB/128GB), INR 16,990 (~RM951) (6GB/128GB) dan INR19,990 (~RM1,118) (8GB/128GB).
Sumber : Vivo India