Carian
Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022 Mengawal Selia Aktiviti Berkaitan Ruang Angkasa Malaysia
February 9, 2022 Aman

Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022 telah pun diwartakan pada 25 Januari 2022 lepas, yang mana kini akta berkenaan akan diguna-pakai bagi mengawal selia pelbagai aktiviti berkaitan angkasa Malaysia.

Ruang angkasa ditakrifkaan sebagai ruang yang bermula dari ketinggian 100 kilometer dari aras laut dan ke atas. Sementara dibawah 100 kilometer, ia dikawal selia dibawah Akta Penerbangan Awam 1969.

Dengan adanya akta baharu ini, ia akan mengawal selia beberapa perkara, termasuk lesen untuk mengawal aspek keselamatan bagi aktiviti berkaitan angkasa, permit pelancaran bagi penyedia perkhidmatan pelancaran objek angkasa dari fasiliti di Malaysia, perakuan pelancaran untuk dari luar Malaysia, dan juga pendaftaran objek angkasa yang telah dilancarkan dan beroperasi di orbit.

Lembaga Angkasa Malaysia turut akan ditubuhkan untuk kawal selia, selain mengadakan peruntukan bagi kesalahan berkaitan angkasa. Ia juga akan membolehkan kerajaan melaksanakan obligaasi dibawah kerangka perundangan antarabangsa.

Komen