Maxis kini dalam proses perbincangan dan perundingan bersama pihak pengawal selia dan juga kementerian berkaitan dengan pengenalan rangkaian 5G untuk para pelanggan mereka.
Maxis mengatakan mereka bersedia untuk pelancaran 5G pada bila-bila masa, sebaik sahaja masa ditentukan oleh pihak pengawal selia dan juga kementerian.
Pada hari ini, hanya Yes sahaja telah melancarkan rangkaian 5G mereka dengan menggunakan infrastruktur DNB. Mengikut laporan awal, terdapat sejumlah syarikat telekomunikasi tidak bersetuju cara pelaksanaan 5G, dan inginkan badan kedua yang turut membangunkan infrastrukur 5G supaya ia tidak dimonopoli.

Kerajaan sebelum ini mengatakan akan berkongsi kata putus pada Januari 2022, namun maklumat lanjut berkaitan dengannya masih tidak diketahui buat masa ini.
Pada hari ini, hanya DNB menyediakan infrastruktur untuk 5G, dan telah memeterai perjanjian dengan Yes dan TM. Sehingga ke hari ini, TM masih belum memperkenalkan penawaran 5G kepada umum lagi. Maxis, Celcom dan Digi masih senyap berkaitan pengenalan rangkaian 5G disebabkan perundingan dengan pihak kerajaan.