Cari @ Amanz

Impulse Gaming, salah satu penjual peralatan berkaitan permainan video di Malaysia, kini telah mula mengambil pra-tempahan utuk konsol permainan Steam Deck.

Steam Deck merupakan konsol permainan yang hadir dengan rekaan seumpama Nintendo Switch, dan hadir dengan spesifikasi tinggi. Konsol ini juga dilihat akan membolehkan pengguna bermain permainan dari akaun Steam terus padanya.

Ia tidak ditawarkan di Malaysia buat masa ini, tetapi tidak menghentikan untuk penjual tempatan mengimport dan menjualnya secara tidak rasmi. Salah satu kedai yang telah membuka pra-tempahan untuknya adalah Impulse Gaming.

Impulse Gaming menyatakan mereka membeli dan menjualnya di Malaysia – membuatkan harga jualan untuknya sedikit tinggi.

Melalui anggaran semasa, model 64GB disenaraikan pada harga mencapai RM25XX, model 256GB mencapai RM34XX, dan model 512GB mencapai RM41XX.

Mereka yang berminat boleh melakukan deposit untuknya pada harga RM499, dan dijangka menerimanya sekitar Mac kelak. Apa pun, pengguna diminta membaca terma dengan teliti, kerana terdapat beberapa perkara yang mungkin tidak disukai, termasuk ketiadaan jaminan untuknya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd