Cari @ Amanz

Meta, syarikat disebalik Facebook dan Instagram sebelum ini telah pun berkongsi bersama pelabur berkenaan risiko perniagaan disebabkan beberapa tetapan di Eropah yang memerlukan data disimpan di benua berkenaan.

Namun, perkara berkenaan dikatakan telah disalah-erti, dan bukannya bermaksud Meta ingin menarik perkhidmatan mereka dari benua berkenaan.

Melalui perkongsian Meta, mereka mengatakan ia sekadar perkongsian bersama para pelabur berkenaan dengan risiko perniagaan disebabkan ketidaktentuan melibatkan pemindahan data antarabangsa, dan bukannya ugutan. Selain Meta, sejumlah syarikat lain turut telah menyatakan perkara sama pada laporan kewangan mereka.

Risiko berkenaan operasi di Eropah telah dinyatakan oleh Meta beberapa kali sebelum ini, tetapi kali ini ia disalah ertikan oleh ramai, selari dengan kejatuhan mendadak saham Meta akhir-akhir ini.

Apa pun, sebelum ini, Meta sedia menyatakan yang mana mereka yakin kebenaran akan diberikan oleh EU untuk memproses data pengguna Eropah, dari Amerika Syarikat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd