Samsung Memberikan Sokongan 4 Generasi Android Dan 5 Tahun Tampalan Sekuriti

Diterbitkan pada Feb 9, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Berita ini telahpun tertiris semalam tetapi ketika acara Samsung Unpacked sebentar tadi Samsung mengesahkan mereka memberikan sokongan kemas kini empat versi Android dan tampalan sekuriti sehingga lima tahun. Ini menjadikan mereka pengeluar peranti Android pertama memberikan sokongan perisian sehingga lima tahun, setahun lebih lama berbanding Google pada siri peranti Pixel.

Pada waktu peranti yang disahkan akan menerima sokongan sehingga lima tahun adalah seperti dalam senarai di bawah. Strategi Samsung untuk mengekalkan dominasi mereka sebagai pengeluar telefon pintar nombor satu dunia ialah memberikan sokongan perisian yang paling lama.

Dengan harga jualan Samsung Galaxy S22 Ultra mencecah RM5899 sebuah, ini adalah langkah bijak untuk memastikan pengguna boleh menggunakan peranti mereka untuk tempoh lebih lama.

  1. Samsung Galaxy S22 (S22/S22+/S22 Ultra),
  2. Samsung Galaxy S21 (S21/S21+/S21 Ultra/S21 FE)
  3. Samsung Galaxy Z Fold3
  4. Samsung Galaxy Z Flip3
  5. Samsung Galaxy Tab S8 (Tab S8/Tab S8+/Tab S8 Ultra).

komen


© Amanz / 2022 Kami