Samsung Wallet Diperkenalkan Untuk Menyimpan Kad Pengenalan, Tiket Dan Kunci Digital

Diterbitkan pada Feb 10, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Ketika acara Samsung Galaxy S22 dan Tab S8 semalam, Samsung Wallet telah diumumkan sebagai dompet digital yang boleh digunakan untuk menyimpan kad pengenalan, tiket, lesen, dan kunci digital milik pengguna. Turut disokong ialah pembayaran nirtunai Samsung Pay, wang kripto dan aset digital.

Samsung Wallet dilihat sebagai jawapan Samsung untuk ciri Apple Wallet yang disokong peranti Apple. Pada waktu ini ciri Samsung Wallet hanya diberikan pada siri Galaxy S22 sahaja terlebih dahulu. Samsung Wallet menggunakan teknologi Samsung Knox bagi memastikan data pengguna sentiasa dilindungi.

Sokongan kad pengenalan digital akan diperkenalkan kemudian sementara ciri tiket digital untuk pesawat akan diperkenalkan di pasaran Korea Selatan terlebih dahulu.

komen


© Amanz / 2022 Kami