Cari @ Amanz

Gran Turismo sudah berusia 25 tahun dan telah memegang takhta sebagai penyelaku pemanduan yang paling realistik ditawarkan di konsol. Ia sungguh realistik sehingga pemain boleh diasuh untuk menjadi pelumba kereta sebenar dalam masa yang singkat menggunakan permainan video ini. Kini Sony mengumumkan kecerdasan buatan Gran Turismo Sophy yang berjaya mengalahkan pemain manusia dalam Gran Turismo.

GT Sophy unik kerana ia bukan sekadar diprogramkan untuk memandu seperti kenderaan dalam permainan video biasa. Ia diajar untuk mengikuti undang-undang ketika berlumba, mengubah taktik dalam cuaca yang dinamik, dan mengambil laluan terpantas bergantung kepada situasi. Data dari pemain Gran Turismo digunakan untuk mengajar GT Sophy dengan ia akan digunakan oleh Polyphony Digital dalam permainan Gran Turismo akan datang bagi memberikan cabaran kepada peminat siri ini.

Selain digunakan untuk memandu kereta dalam permainan video, GT Sophy dilihat boleh menjadi asas kepada sistem swapandu yang boleh digunakan oleh Sony pada kereta elektrik swapandu mereka. Tahun lalu Sony secara rasmi menubuhkan perniagaan automotif dengan dua konsep kereta elektrik Vision dipertontonkan kepada umum.

Sumber Sony AI

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd