Redmi Note 11 Pro Dan Note 11 Pro 5G Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM999

Diterbitkan pada Feb 10, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Seperti yang dijanjikan, siri Redmi Note 11 kini tiba untuk pasaran tempatan. Antara yang diperkenalkan adalah Redmi Note 11 Pro dan Redmi Note 11 Pro 5G. Kedua-duanya berkongsi rekaan fizikal yang lebih kurang sama, tetapi spesifikasi dalaman terdapat sedikit perbezaan.

Bagi yang berminat, Redmi Note 11 Pro dijual pada harga bermula RM999 (6GB/128GB) dan RM1,099 (8GB/128GB). Sementara itu, Redmi Note 11 Pro 5G pula berharga bermula RM1199 (6GB/128GB) dan RM1,299 (8GB/128GB). Setiap pembelian akan didatangkan dengan hadiah percuma menarik bernilai RM328. Sesi pra-tempah dibuka bermula 11 hingga 18 Februari 2022 menerusi beberapa saluran berbeza seperti Lazada, Shopee dan pengedar sah Xiaomi di seluruh Malaysia.

Redmi Note 11 Pro 5G

Redmi Note 11 Pro 5G dilengkapi skrin 6.67-inci AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Ia dijana dengan cip Snapdragon 695 yang dipadankan dengan memori sehingga 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Melengkapinya adalah sistem tri-kamera dengan tetapan 108MP (utama) + 8MP (ultra-lebar) + 2MP (makro) dan kamera swafoto sebesar 16MP. Bateri sebesar 5,000mAh dengan pengecasan pantas 67W turut disertakan padanya. Lain-lain spesifikasi termasuklah bicu audio 3.5mm, pembesar suara stereo, pengimbas cap jari sisi, IR Blaster, NFC dan sebagainya.

Redmi Note 11 Pro

Redmi Note 11 Pro juga masih menggunakan saiz skrin yang sama dengan model 5G. Perbezaa ketara yang dibuat adalah pada sokongan cip pemprosesan, di mana MediaTek Helio G96 digunakan dengan padanan memori sehingga 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Kamera swafoto juga masih sama iaitu 16MP, tetapi kamera utamanya adalah sistem kuad-kamera dengan tetapan 108MP (utama) + 8MP (Ultra-lebar) + 2MP (makro) + 2MP (kedalaman). Bateri pula adalah 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 67W. Lain-lain spesifikasi termasuklah bicu audio 3.5mm, pembesar suara stereo, pengimbas cap jari sisi, IR Blaster, NFC dan sebagainya.

komen


© Amanz / 2022 Kami