Dua Kilang Western Digital Di Jepun Menghadapi Isu Pencemaran Bahan – Akan Menyebabkan Isu Pengeluaran Storan Flash

Diterbitkan pada Feb 10, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Western Digital, pembuat komponen dan aksesori storan digital terkemuka baru-baru ini mengumumkan bahawa dua daripada kilang pembuat cip storan di Jepun telah mengalami isu pencemaran bahan.

Kilang-kilang tersebut dikendali oleh rakan jenama mereka, iaitu Kioxia Holdings, dan menurut siasatan awal oleh kedua-dua syarikat tersebut, sekitar 6.5 Exabyte (6500 Terabyte) cip storan di kilang-kilang tersebut yang terletak di Yokkaichi dan Kiakami telah tercemar dan tidak boleh digunakan lagi.

Butiran tentang bagaimana pencemaran ini boleh berlaku tidak diketahui, tetapi menurut Western Digital, kedua-dua syarikat tersebut dilihat telah berbincang tentang cara untuk memastikan isu ini tidak berulang, kerana walaupun kini, isu ini dikatakan telah menyebabkan kerugian kepada Western Digital, dan bekalan komponen storan flash mereka dilihat berkurangan dengan mendadak.

Kioxia juga dilihat sedang memastikan bahawa kilang-kilang yang terkesan dengan isu ini boleh beroperasi semula dengan kadar segera.

Sumber: Reuters

komen


© Amanz / 2022 Kami