Cari @ Amanz

Bagi menambah pilihan buat para pengguna, Redmi Note 11S hari ini turut diumumkan secara rasmi untuk pasaran tempatan. Melihat dari aspek rekaan, ia berkongsi kemasan yang sama seumpama Redmi Note 11. Tetapi, perbezaan sudah tentulah terletaknya pada penawaran spesifikasi dalaman.

Bagi yang berminat, Redmi Note 11S dijual pada harga bermula RM899 (6GB/64GB) dan RM999 (8GB/128GB). Setiap pembelian didatangkan dengan hadiah menarik percuma bernilai sehingga RM139. Sesi pra-tempah dibuka bermula esok, 11 Februari menerusi beberapa saluran berbeza seperti Lazada, Shopee dan pengedar sah Xiaomi di seluruh Malaysia.

Redmi Note 11S hadir dengan skrin sejenis AMOLED dengan kadar segar semula 90Hz. Ianya berukuran 6.43-inci yang menyokong resolusi FHD+. Seterusnya, peranti turut dipadankan dengan cip MediaTek Helio G96 dengan memori sehingga 8GB RAM (LPDDR4X) dan storan dalaman mencapai 128GB (UFS 2.2).

Turut melengkapinya, kamera utama dengan tetapan 108MP (utama) + 8MP (Ultra-lebar) + 2MP (makro) + 2MP (kedalaman). Kamera hadapan pula adalah sebesar 16MP. Selain daripada itu, bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan berwayar 33W turut disertakan. Lain-lain spesifikasi – sistem audio stereo, bicu audio 3.5mm, pengimbas cap jari di sisi, NFC, IR Blaster dan sebagainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd