Redmi Buds 3 Lite Kini Di Malaysia Pada Harga RM99

Diterbitkan pada Feb 10, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada acara pelancaran hari ini, aksesori audio Redmi turut dikemaskini. Melaluinya, Redmi Buds 3 Lite telah diumumkan dengan tanda harga RM99. Boleh didapati dalam beberapa pilihan warna seperti putih dan hitam, ketersediaannya akan diumumkan pada satu tarikh kelak.

Tidak seperti pendahulunya, Redmi Buds 3 Lite mempunyai menampilkan yang berbeza. Ia mempunyai rekaan bersayap seakan Galaxy Buds+ dengan pod pengecasan sama seperti Airpods. Melengkapinya adalah pemandu audio 6mm dengan kawalan sentuhan yang membantu dalam memudahkan penggunaan.

Turut melengkapinya, sokongan ENC, di samping mod latensi rendah untuk penggunaan lebih baik. Bukan itu sahaja, fon telinga nirwayar ini juga mempunyai sokongan kalis air IP54, dilengkapi bluetooth 5.2 dan mampu beroperasi sehingga 5 jam main balik atau meningkat 18 jam dengan bantuan pod pengecas.

komen


© Amanz / 2022 Kami