Samsung pada hari ini sedia menerajui arena skrin boleh-lipat pada telefon pintar, dan kini dilihat mengorak langkah untuk turut menerajui skrin boleh-lipat pada komputer riba.
Mengikut laporan awal, Samsung dijangka hadir dengan Galaxy Book Fold tidak lama lagi – berkemungkinan seawal tahun ini. Ia diperkatakan Samsung sedang menguji prototaip dengan skrin bersaiz 10-inci, 14-inci dan juga 17-inci.
Apa pun, ia dikatakan terdapat beberapa masalah dalaman – terutamanya dari segi bekalan dan pengeluaran.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengenalan komputer riba dengan skrin boleh-lipat daripada Samsung tidak lama lagi.