Swaterbang dan swapandu ialah teknologi yang diharap dapat meringankan beban manusia di masa hadapan. Selain mengurangkan risiko kemalangan kerana pengendali penat atau lalai, ia juga berguna dalam situasi kecemasan. Penggunaan sistem automasi turut dilihat sebagai penting untuk mengurangkan beban kepada krew manusia.
Baru-baru ini DARPA mengumumkan sistem Aircrew Labor In-Cockpit Automation System (ALIAS) yang sedang dibangunkan telah menerbangkan sebuah helikopter UH-60A Black Hawk tanpa seorangpun krew manusia. Sistem ALIAS adalah menarik kerana ia direka untuk dipasang pada pesawat sedia ada. Dengan kita ALIAS, helikopter boleh diterbangkan tanpa sebarang campur tangan manusia.
Dalam situasi misi, ALIAS boleh mengambil alih dari juruterbang yang mungkin ingin melakukan tugasan lain ataupun sudahpun tercedera. Helikopter kemudiannya boleh diterbangkan ke kawasan selamat sebelum mendarat dengan sendiri. ALIAS cukup cukup untuk turut mendaratkan helikopter sekiranya kerosakan berlaku pada tren kuasa.
Di masa hadapan Tentera Amerika Syarikat membayangkan ALIAS boleh menerima arahan ketika misi dan kemudian merancang perjalanan yang paling selamat untuk tiba ke destinasi tanpa input manusia.