Cari @ Amanz

Mulanya awal tahun ini membawakan kelainan dari Samsung dalam penawaran telefon pintar mereka. Pertama kalinya dalam siri Galaxy S terkini, iaitu Galaxy S22 Ultra tahun ini membawakan pengalaman Galaxy Note.

Ini merupakan berita baik bagi pengguna yang merindui siri Galaxy Note, dan penggunaan S Pen yang sangat praktikal. Ini kerana S Pen menawarkan kebolehan untuk anda melukis dan melakar, dengan sela masa yang lebih singkat. Jika pada S Pen model Galaxy Note20 Ultra sebelum ini mempunyai sela masa 9ms, untuk Galaxy S22 Ultra ini, ia hanya mempunyai kadar sela masa serendah 2.8ms

Melengkapi S Pen baru ini adalah aplikasi Samsung Notes yang telah dinaiktaraf. Anda boleh melakukan pelbagai perkara dengan adanya S Pen ini. Dan dengan S Pen generasi terbaru yang lebih baik, anda boleh membawanya bersama tanpa keciciran. Rekaan Samsung Galaxy S22 Ultra ini membawakan bahagian ruang S-Pen yang terbina, dan memudahkan anda membawanya kemana sahaja. 

Rekaan Note pada Galaxy S22

Anda mungkin rasa khuatir sekiranya rekaan terbaru S22 Ultra menjadi tebal bagi memuatkan S Pen. Akan tetapi, menerusi rekaan terkini S22 Ultra ini masih mengekalkan bentuk yang kemas, premium, lengkap dengan skrin yang besar. 

Rekaletak kamera belakangnya telah disusun semula bagi mewujudkan kekemasan disebalik teknologi kamera yang canggih, dalam memberikan prestasi terulung kepada pemilik peranti ini. Ia turut membawakan keupayaan kamera sensor 108MP sudut lebar, 12MP sudut ultra lebar, 10MP telefoto dan 10 MP untuk telefoto tahap sekunder yang mampu zum lebih jauh.

Samsung Galaxy S22 Ultra ini hadir pada empat pilihan warna premium dan klasik, iaitu Phantom Black, Phantom White, Green dan Burgundy. Ia hadir dengan tiga pilihan harga mengikut storan dan RAM, RM 5,099 untuk 8GB RAM / storan 128GB, RM 5,499 untuk 12GB RAM / storan 256GB serta RM 5,899 untuk 12GB RAM / storan 512GB. 

Untuk masa terhad, anda boleh melakukan pra-tempahan sebarang siri Galaxy S22 dan memperoleh pelbagai barangan berjumlah sehingga RM 1,317 serta baucar, termasuklah RM800 e-voucher, kerangka pelindung, aksesori penggantung serta pilihan pen LAMY atau cagak penuras kamera.

Malah, bagi pembaca Amanz, anda juga boleh menggunakan kod khusus [ GS22VIPAZ ] bagi mendapatkan pengecas pantas 45W bernilai RM 199 yang akan ditambah dalam pra-tempah ini. Tawaran adalah terhad untuk 100 penebusan pertama.

Penafian: Advertorial dari Samsung Malaysia

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd