Carian
Memori Samsung Galaxy S22 Ultra Meningkat Ke 20GB Menerusi Ciri RAM Plus
February 10, 2022 Effi Saharudin

Sekiranya anda merasakan memori 12GB RAM yang ditawarkan pada Samsung Galaxy S21 Ultra adalah terlalu kecil, jangan risau kerana ciri RAM Plus mampu meningkatkannya sehingga 20GB. Pada One UI 4.1, Samsung memberikan pilihan menambah memori sebesar 2, 4, 6 dan 8 GB secara maya menggunakan ciri RAM Plus.

Sebelum ini RAM Plus hanya membenarkan memori ditambah sebanyak 4GB sahaja dan ia langsung tidak boleh ditukar. Oleh itu Galaxy S22 Ultra dengan memori 8GB masih boleh dipertingkatkan ke 16GB yang cukup besar untuk majoriti aplikasi Android yang bakal digunakan. Pada waktu ini One UI 4.1 hanya digunakan pada siri Galaxy S22 dan Galaxy Tab S8. Jika tiada aral melintang peranti lain yang menerima kemas kini One UI 4.1 turut akan dapat menggunakan ciri ini.

Sumber Sammobile

Komen