Cari @ Amanz

Disney+ Kini Mempunyai 129.8 Juta Pelanggan – Sasar 260 Juta Pelanggan Menjelang 2024

Oleh Aman

Link Copied!

Disney kini berkongsi mengatakan mereka telah menambah sejumlah 11.8 juta pelanggan baharu untuk Disney+ sepanjang suku lepas, sekaligus menjadikan jumlah pelanggan Disney+ mencapai 129.8 juta.

Daripada angka berkenaan, 49.5 juta adalah daripada pelanggan Disney+ Hotstar. Di Malaysia, langganan Disney+ Hotstar ditawarkan dalam bentuk langganan selama tiga bulan, pada harga RM54.90.

Disney mengatakan mereka kekal menyasarkan untuk mencapai antara 230 juta ke 260 juta pelanggan Disney+ menjelang 2024 kelak.

Pada hari ini, perkhidmatan penstriman masih diterajui Netflix dengan sejumlah 222 juta pelanggan di seluruh dunia.


Komen ()