Google Hadir Dengan Versi Pembangunan Pertama Untuk Android 13

Diterbitkan pada Feb 11, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google dilihat bergerak pantas pada tahun 2022 ini, dan kini telah pun mengeluarkan versi pembangunan pertama untuk Android 13. Sistem operasi Android 13 ini dijangka akan mencapai fasa stabil sekitar Julai, sebelum pelancaran akhirnya dilakukan selepas itu.

Bersama dengan Android 13, Google dilihat meneruskan fokus terhadap privasi dan sekuriti, disamping turut menyertakan beberapa ciri baharu bersama dengannya. Salah satu ciri baharu yang hadir adalah pilihan kawalan tema baharu – termasuk ikon yang berubah mengikut mod gelap atau sebaliknya.

Buat masa ini, versi pembangunan Android 13 hanya ditawarkan utuk telefon Pixel 6 Pro, Pixel 6, Pixel 5a, Pixel 5, Pixel 4a, Pixel 4 XL dan Pixel 4 sahaja. Bagi anda yang berminat boleh memuat-turun dan memasangnya pada telefon berkenaan.

Versi ini ditujukan lebih kepada para pembangun, dan untuk pengguna umum, anda diminta nantikan pelancaran akhirnya kelak.

komen


© Amanz / 2022 Kami