Cari @ Amanz

Apple kini menawarkan kemaskini macOS Monterey 12.2.1 untuk semua pengguna Mac, sekaligus turut mengatasi salah satu masalah berkaitan bateri pada MacBook yang cepat habis ketika ditidurkan.

Menurut Apple, macOS 12.2.1 ini menawarkan kemaskini sekuriti, dan pada masa yang sama mengatasi masalah untuk Mac berasaskan Intel yang mungkin menyebabkan bateri habis ketika ditidurkan apabila disambung ke peranti Bluetooth.

Bagi anda yang menghadapi masalah berkenaan, boleh mengemaskini MacBook anda ke sistem operasi terbaru ini dengan ke System Preferences > Software Update.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd