Cari @ Amanz

Link To Windows diperkenalkan beberapa tahun yang lalu bagi membolehkan kandungan dari peranti Android diakses terus dari sebuah komputer yang menggunakan sistem operasi Windows. Ketika acara pelancaran Samsung Galaxy S22 dan Tab S8, Samsung menunjukkan ciri baharu yang diberi nama Link To Windows Recent Apps.

Menerusi ciri ini tiga aplikasi terakhir yang digunakan pada peranti Android akan dipaparkan pada bucu kanan komputer Windows 11 sejurus selepas di dibuka. Dengan ciri ini pengguna boleh menyambung kerja yang mungkin telah dilakukan pada telefon atau tablet Android terus dalam PC yang sedang digunakan.

Ciri masih lagi dalam ujian menerusi program Windows Insider dengan peranti Android perlu memasang aplikasi Your Phone. Seperti beberapa ciri baharu Your Phone yang diumumkan sebelum ini seperti panggilan telefon dari PC, Link To Windows Recent Apps adalah eksklusif pada peranti Samsung terlebih dahulu sebelum akhirnya diberikan kepada semua pengguna.

Sumber XDA Developer

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd