TV 4K Philips Series 7000 Dengan Android TV Kini Di Malaysia Pada Harga Bermula RM1799

Diterbitkan pada Feb 11, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Televisyen pintar Philips 7906 dan Philips 7406 dilancarkan di Malaysia hari ini menggunakan sistem operasi Android TV. Siri Philips 7406 ialah model lebih mampu milik dengan skrin ditawarkan dalam saiz 43″, 50″, 55″ dan 65″ sementara siri Philips 7906 pula ditawarkan dalam saiz 50″, 55″, 65″ dan 70″.

Kedua-dua siri menggunakan panel 4K LED dengan sokongan HDR Dolby Vision, HLG dan HDR10+. Ciri lain yang disertakan ialah mod masa pendam rendah dan VRR untuk permainan video yang lebih terang. Selain itu televisyen turut menyokong audio Dolby Atmos.

Siri 7406 lebih unik kerana dilengkapi sistem lampu Ambilight yang memancarkan warna ke dinding ketika kandungan ditonton. Ciri ini biasanya ditemukan pada monitor komputer permainan video. Model yang memasuki pasaran Malaysia serta harga jualannya adalah seperti di bawah.

ModelHarga JualanHarga Promosi
50PUT7906RM 2999RM 2799
55PUT7906RM 3299RM 2999
65PUT7906RM 4699RM 4299
70PUT7906RM 5499RM 4999

ModelHarga JualanHarga Promosi
43PUT7406RM 1999RM 1799
50PUT7406RM 2799RM 2599
55PUT7406RM 3099RM 2849
65PUT7406RM 4299RM 3999

komen


© Amanz / 2022 Kami