Bermula dengan iPhone 13, Apple mengiklankan iPhone sebagai peranti dengan kemampuan kamera sinematik. Pelbagai aksesori serta mod video khusus diperlihatkan kepada umum dengan harapan dapat menarik peminat videografi. Langkah seterusnya mungkin menghasilkan aksesori perfileman rekaan sendiri.

Apple telah mempatenkan aksesori gimbal dan tripod kamera dengan sambungan MagSafe. Dengan sistem yang dipatenkan, iPhone masih boleh digunakan sebagai kamera dengan kuasa dibekalkan secara nirwayar. Tiada aksesori fotografi rasmi dijual oleh Apple setakat ini dengan pasaran dipenuhi dengan kelengkapan yang dikeluarkan oleh Manfroto suatu ketika dahulu dan kerangka yang mempunyai lensa kamera sendiri.

Kewujudan paten tidak bermakna aksesori akan dihasilkan tetapi dengan kepopularan iPhone sebagai kamera video di media sosial, tidak mengejutkan jika suatu hari nanti ia dijual.
Sumber Patently Apple