Cari @ Amanz

Selepas memasuki arena telefon pintar keluaran sendiri tahun lalu, Leica kini memasuki arena menghasilkan jam tangan mewah pula. Jam tangan Leica L1 dan Leica L2 sebenarnya diumumkan pada tahun 2018 tetapi hanya sekarang mula dijual di beberapa rangkaian Leica terpilih di seluruh dunia.

Kedua-dua jam mempunyai kaca skrin yang diperbuat daripada nilam yang menggelembung seperti lensa kamera Leica. Tombol kawalan waktu, tarikh dan zon waktu pada sisi kanan mengambil inspirasi dari butang kamera Leica. Salah satu tombol turut mempunyai kemasan bulatan merah Leica M yang ikonik. Perbezaan di antara L1 dan L2 terletak pada kemampuan L2 untuk memaparkan waktu GMT menerusi tombol tambahan.

Tubuh diperbuat daripada logam tahan karat dan tali jam pula dari kulit asli. Untuk mengekalkan keaslian Leica, kesemua jam dihasilkan secara buatan tangan di Jerman. Leica L1 dan L2 akan hanya dijual dalam jumlah yang terhad di kedai tertentu yang terletak di Amerika Syarikat, Austria, China, Jepun, Rusia, Singapura dan UAE. Harga jualan pula ialah $10,000 (~RM42,000) untuk Leica L1 dan $20,000 (~RM84,000)untuk Leica L2.

Sumber Leica Rumors

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd