Carian
Bank Negara Akan Umum Penerima Lesen Bank Digital Pada Mac 2022
February 11, 2022 Aman

Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini berkongsi mengatakan mereka akan mengumumkan senarai penerima lesen bank digital pada bulan depan, Mac 2022.

Setakat ini, Bank Negara telah menerima sebanyak 29 permohonan. Daripadanya, BNM dijangka mengeluarkan sehingga lima lesen bank digital.

Buat masa ini, sejumlah pihak telah melakukan permohonan, termasuk Grab, Axiata, RHB, Genting, Star Media Group, YTL, Sunway dan ramai lagi.

Pengenalan bank digital juga dijangka akan percepatkan pendigital bank-bank sedia ada.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengumuman bank digital di Malaysia tidak lama lagi.

Komen