Pengguna iPad Dan iPhone? Kemaskini Peranti Anda Hari Ini, Elak Jadi Mangsa Serangan Siber

Diterbitkan pada Feb 11, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple hari ini telah mengeluarkan kemaskini untuk iPhone dan iPad, menawarkan kemaskini iOS 15.3.1 dan juga iPadOS 15.3.1, sekaligus menawarkan kemaskini sekuriti yang penting.

Menurut Apple, kemaskini ini mengatasi kerentanan WebKit yang sebelum ini membolehkan sesuatu kod berbahaya dijalankan. Apple mengatakan mereka telah menerima laporan yang mengatakan kerentanan ini sedia disalah-guna secara aktif.

Pengguna diminta mengemaskini sistem operasi iPhone dan iPad, sekaligus terus melindungi diri dari menjadi mangsa serangan siber.

Bagi anda yang menggunakan iPhone dan iPad, boleh ke halaman General > Software Update untuk memulakan proses kemaskini perisian anda.

komen


© Amanz / 2022 Kami