Twitter kini telah pun mengeluarkan laporan untuk tahun fiskal 2021, sekaligus turut berkongsi berkenaan angka pengguna terbaru mereka.
Mengikut data yang dikeluarkan, Twitter kini mempunyai sebanyak 217 juta pengguna aktif harian. Ini memperlihatkan peningkatan positif berbanding pada penghujung 2020 yang mencatatkan angka seramai 192 juta pengguna aktif harian.
Twitter mengatakan mereka menyasarkan untuk mencapai seramai 315 juta pengguna aktif harian menjelang penghujung 2023 kelak, iaitu dalam tempoh setahun lebih lagi.
Disamping itu, Twitter mencatatkan pendapatan berjumlah $5.08 bilion pada 2021 lepas, iaitu sekitar RM21.28 bilion mengikut kadar tukaran semasa.