Carian
Ciri Remix Pada Adobe Premiere Pro Menyunting Lagu Secara Automatik Mengikut Panjang Video
February 11, 2022 Effi Saharudin

Antara tugasan yang paling saya kurang gemar ialah menyunting video. Memang tiada bakat dan ditambah tahap kesukaran apabila perlu memuatkan lagu yang ingin digunakan dengan video yang sedang disunting. Ia proses yang menjerihkan bagi insan seperti saya. Bagi pengguna Adobe Premiere Pro, ciri Remix yang baru diperkenalkan melakukan tugas ini secara automatik.

Remix ialah kecerdasan buatan yang menganalisa trek lagu yang ingin digunakan oleh penyunting. Kemudian ia memilih suntingan dan tahap audio yang sesuai untuk memuatkannya kepada klip video pada susur masa. Tiada suntingan manual perlu dilakukan oleh pengguna. Sebaliknya hanya parameter sahaja diberikan.

Seperti kesemua ciri kecerdasan yang diperkenalkan oleh Adobe pada kesemua produk kreatif mereka, Remix dibangunkan menggunakan teknologi Adobe Sensei. Untuk menggunakan Remix, sila kemas kini perisian Adobe Premiere Pro ke versi 22.2 menggunakan Creative Cloud hari ini.

Komen