Cari @ Amanz

Vivo V23e 5G Mirage Gold kini ditawarkan secara rasminya untuk pengguna di Malaysia. Ia menjadi penawaran terkini untuk model berkenaan sekaligus menyertai Vivo V23e 5G dengan kemasan Moonlight Shadow dan Sunshine Coast yang diumumkan sekitar bulan Disember lalu.

Seperti namanya, Vivo V23e Mirage Gold hadir dengan kemasan bewarna emas yang menyeluruh. Dalam pada itu, peranti juga dilihat mempunyai daya tarikan tersendiri dengan tona warna yang tampak lebih menyerlah. Sebagai makluman semua, Vivo juga bekerjasama dengan jenama L’Oréal untuk pengenalan edisi baharu ini.

Bagi yang berminat, Vivo V23e 5G Mirage Gold dijual pada harga RM1,599. Ketersediaannya bermula hari ini sehingga 20 Februari 2022 dan setiap pembelian didatangkan dengan kotak hadiah eksklusif bersama produk kosmetik keluaran L’Oréal yang berupa gincu. Ini sangat sesuai untuk dijadikan hadiah buat diri sendiri, teman, ibu mahupun isteri tersayang.

Di samping itu, terdapat juga beberapa hadiah sampingan lain yang turut diberikan. Antaranya seperti beg galas, baucar Grab serta Vivo, kad sim Yes 5G dan jaminan pelindungan skrin selama satu tahun. Untuk membuat pembelian anda boleh klik pada pautan yang tersedia di bawah.


© 2023 Amanz Media Sdn Bhd