Cari @ Amanz

UiTM sedia mengumumkan kerjasama dengan Shopee dalam membantu, mendidik, melatih dan memberi peluang kepada pelajar UiTM menjadi usahawan secara atas-talian.

Selari dengannya, kini mereka membentuk UiTM eMall pada Shopee, sekaligus memudahkan penemuan pelbagai produk yang ditawarkan oleh para pelajar dan juga alumni UiTM.

Melalui laman UiTM eMall, kini anda boleh menyemak penawaran khusus ini, selain turut melihat penjual yang diketengahkaan pada sesuatu bulan, disamping mendapatkan diskaun untuk pembelian.

Selain UiTM, pihak Kementerian turut bekerjasama dengan Shopee dalam membentuk Siswa Mall di Shopee.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd