China boleh dikatakan antara negara yang menerajui arena telekomunikasi dengan pelbagai pembangunan baharu, termasuk untuk rangkaian 6G akan datang. Selari dengannya, kini sejumlah pengkaji berjaya membuat pemindahan data berjumlah 1 terabait pada jarak lebih 1 kilometer dalam masa hanya satu saat.
Untuk menjayakan perkara ini, mereka menggunakan pusaran gelombang milimeter – salah satu gelombang radio berfrekuensi tinggi. Ia dikatakan mempunyai tiga dimensi – berbeza dengan komunikasi radio masa kini yang hanya mempunyai dua dimensi iaitu muat-naik dan turun sahaja.
Dengan langkah ini, ia membolehkan lebih banyak informasi dihantar pada gelombang komunikasi. Apa pun, untuk menjayakannya, ia memerlukan pemancar pusaran (vortex) khas dalam memastikan gelombang dapat dihantar dalam tiga dimensi.
Selain kelajuan, penggunaan teknologi pemancar baharu ini turut membuka kepada dimensi baharu dengan sejumlah penawaran dan kebolehan baharu.
Pada hari ini, teknologi awal 6G masih pada peringkat pembangunan, dimana selain teknologi pusaran (vortex) ini, teknologi terahertz turut digunakan.
China menyasarkan teknologi ini mungkin digunakan oleh pihak ketenteraan terlebih dahulu sebelum rangkaian 6G dikomersilkan seawal 2030 kelak.
(Sumber : SCMP)